Hia Sin Che 05: Kebakaran PDF Print E-mail
Feb 22, 2010 at 09:56 PM

Kebakaran

Pada minggu yang lalu, saya mengulangi pelajaran di bilik bacaan kerana peperiksaan telah menjulang.

  Cuaca pada hari itu sangat panas, saya terasa bahang hingga bermandi peluh. Saya membuka tingkap supaya berangin. Saya terperanjat melihat asap hitam berkepul-kepul menjulang ke langit dari rumah Pak Ali. Saya menyedari rumah Pak Ali dijilat api.

  Tanpa berlengah-lengah, saya memberitahu bapa saya yang sedang membaca surat khabar. Beliau segera menelefon ahli bomba untuk melaporkan kejadian ini. Selepas capai baldi, kami meluru ke tempat kejadian sambil meminta tolong daripada jiran. Banyak jiran datang untuk memadamkan api dan mengeluarkan harta benda. Suasana di tempat kejadian hiruk-pikuk dan kelam-kabuk kerana jeritan jiran.

  Segala usaha kami cangkul angin. Api semakin marak kerana angin tiupan. Semua orang risau api akan merebak. Semua orang lega apabila kedengaran siren bomba. Sepasukan ahli bomba serta merta memadamkan api dengan memancutkan air ke rumah Pak Ali. Mereka bertanggungjawab dan bertungkus lumus semasa memadamkan api. Ada ahli bomba yang berani sanggup mengadai nyawa kerana memasuki rumah itu untuk menyelamatkan mangsa yang dikurungi .

  Api berjaya dipadam selepas dua jam. Pak Ali berasa sedih kerana rumahnya telah musnah. Tetapi dia bersyukur tiada kemalangan maut dan cedera. Dia mengucapkan terima kasih kepada kami dan penduduk kampung lain. Dia juga memuji kecekapan ahli bomba. Kami berasa kasihan melihat Pak Ali sekeluarga sehelai sepinggang. Oleh itu, kami bermuafaat untuk menderma wang kepadanya.

    Punca kebakaran masih dalam siasatan. Ahli bomba menasihati penduduk kampung berhati-hati semasa menggunakan api. Bak kata pepatah ‘api kecil kawan, api besar menjadi lawan.’  

Hia Sin Che

1-12-2009 Malaysia