KISAH BENAR – KANAK-KANAK GENIUS A Real Story – Genius Kid PDF Print E-mail
Nov 26, 2011 at 08:58 AM

Malay

KISAH BENAR – KANAK-KANAK GENIUS

            Kisahnya bermula di sebuah keluarga kecil yang mempunyai seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Catherine Lim. Sejak kecil Catherine memiliki sikap yang agak berbeza berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Sikap ini menyebabkannya lebih suka hidup dalam dunianya sendiri.

 

            Keunikan dan keganjilan ini disedari oleh ibu bapa dan rakan-rakan ibu bapa Catherine Lim . Oleh itu, pelbagai tanggapan dan persepsi telah diajukan kepada ibu bapa Catherine Lim. Justeru, ibu bapa Catherine telah mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak. Akhirnya, pelbagai pandangan dan buah fikiran telah diberikan. Walau bagaimanapun, kemusykilan tersebut masih tidak dapat diselesaikan.

 

            Tanpa diduga, pada suatu hari, ibu Catherine telah berkesempatan menemui seorang pakar iaitu “qi gong shi fu”. Ibu Catherine Lim pun menanyakan perkara tersebut kepada “qi gong shi fu”. Shi fu telah meminta ibu Catherine Lim agar membawa Catherine Lim untuk berjumpa dengan beliau supaya dapat menyelesaikan kekusutan tersebut.

 

Selepas itu, kedua-dua ibu bapa Catherine Lim telah membawa Catherine Lim untuk berjumpa dengan shi fu. Sebaik sahaja shi fu menemui Catherine Lim dan selepas beramah mesra dengan Catherine Lim, shi fu dapat merasakan kelainan dan keistimewaan yang ada pada Catherine Lim. Oleh itu, shi fu telah mengujinya dengan memberikan kertas lukisan kepada Catherine untuk meluahkan perasaannya melalui hasil seninya. Selepas itu, shi fu mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa Catherine Lim dan memaklumkan bahawa anak mereka amat berbakat dalam bidang seni lukis. Semasa  berbual dengan ibu bapa Catherine Lim, Shi fu telah menyatakan potensi Catherine Lim dalam bidang seni lukisnya. Hal ini memang bertepatan dengan pandangan shi fu setelah melihat hasil lukisan Catherine Lim. Shi fu turut menyatakan bahawa lukisan Catherine Lim memiliki tahap imaginasi dan jiwa seni yang tinggi apatah lagi dengan usia Catherine Lim yang hanya 5 tahun dan memang merupakan seorang yang genius dalam bidang seni. Tambahan pula, Catherine Lim juga tidak pernah menghadiri sebarang kelas lukisan sebelum ini. Oleh itu, shi fu telah mencadangkan agar Catherine Lim diberikan bimbingan khas agar dapat mencungkil bakatnya. Beberapa saranan dan cadangan juga telah diberikan supaya dapat menyerlahkan bakatnya. Antara cadangan shi fu termasuklah mengadakan pameran seni untuk hasil lukisan Catherine Lim di  koridor balai seni dan budaya serta jualan seni hasil lukisan Catherine Lim juga akan diadakan untuk mengumpulkan dana demi kebajikan.

 

Shi fu turut menyatakan kehebatan beliau dalam mengenal pasti kanak-kanak cerdik dan pintar ini sehingga berjaya mengangkat martabat keluarga, bangsa dan negara. Ramai antara kanak-kanak ini telah berjaya menjulang nama mereka sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa. Oleh itu, shi fu menaruh harapan agar potensi Caterine Lim dapat digilap supaya dapat menjadi seorang seniman yang tersohor.

 

Akhir kata, ibu bapa Catherine Lim merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada shi fu atas segala-galanya.

 

Terima kasih, shi fu.

English

A REAL STORY – GENIUS KID

            The story begins in a family which has a child aged 5 years old. The child’s name is Catherine Lim. Since young, Catherine’s attitude is different from her other siblings. This caused her to live in her own world.

 

            Catherine’s parents and family friends realised this unique and strange attitude of her. Thus, many thoughts and perceptions were thrown at her parents. Hence, Catherine’s parents had sought various advices and views from various people. Although many views and ideas were given, the mystery still can’t be solved.

 

            However, on a particular day, Catherine’s mother had the chance to meet with a Qigong master. She asked the same question at the Master. The Master requested Catherine’s mother to bring Catherine to see him to solve this puzzle.

 

            Both Catherine’s parents brought her to see the Master. As soon as the Master met Catherine and be friends with her, the Master could feel the difference and specialty in her. The Master wanted to do a test on her by giving her a piece of drawing paper. The Master told her to express her thoughts through the artwork. After that, the Master congratulated Catherine’s parents that their child is really gifted in drawing. While chatting with her parents, the Master told them that Catherine has the potential in arts. This is absolutely true after looking at her artwork of a 5 year-old girl which possesses a high level of imagination and truly artistic.

 

            Other than that, Catherine had never attended any art classes. Hence, the Master suggested that she should be given the proper guidance to sharpen her talent. She is truly a genius in this field. A few suggestions and advices were given to provide the correct path for Catherine. Among some suggestions given by the Master were to organise an art exhibition at art centre to showcase her works and also to organise a charity auction to sell her artworks to collect fund for charity organisations.

           

The Master had succesfully identified many similar cases before this and had made the family, nation and the country proud. Many children had became popular nationwide or even in international level. Thus, the Master hopes that Catherine could be a shining star in the future as a well-known artist.

 

In conclusion, Catherine’s parents would like to express their deepest gratitued to the Master for all that he had done.

 

Thank you, Master.